Search This Blog

Wednesday 19 August 2015

Sakitnya Terkena Simpul Biawak Semasa Hamil

Anda pernah dengar tak mengenai masalah penyakit Simpul Biawak? Jika anda tidak pernah dengar nama tu pasti anda fikir penyakit tu datangnya dari binatang besar yang menakutkan tu.




Simpul biawak atau dikenali sebagai kekejangan betis ketika mengandung adalah situasi di mana ibu mengandung akan mengalami kesakitan yang melampau pada bahagian betis dan kaki. Ia biasa berlaku pada waktu malam atau awal pagi. Simpul biawak ini bukan sahaja boleh berlaku kepada ibu mengandung tetapi juga kepada orang dewasa yang lain. Di antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi kesakitan ialah:-



1) Tekan tapak kaki dan urut perlahan-lahan.
2) Meminta bantuan suami untuk menolak tapak kaki anda dan menarik jari-jari kaki
3) Cuba untuk bergerak. Mula-mula memang sakit, tapi sakit itu akan berkurangan perlahan-lahan apabila kita memaksa diri untuk bergerak. 
4) Sapu minyak panas pada kaki dan jari-jari kaki 



PUNCA-PUNCA SIMPUL BIAWAK


1.  Kurang air & kurang elektrolit dalam badan

Kekurangan air & elektrolit dalam badan boleh menyebabkan berlakunya masalah ini.
Otot perlu elektrolit yang mencukupi – natrium, magnesium, kalium dan klorida dalam keseimbangan yang betul untuk berfungsi dengan baik.
Badan memanipulasi mineral ini dengan seimbang di dalam dan di luar sel-sel otot untuk membolehkan otot mengecut dan berehat. Ketidakseimbangan atau kekurangan elektrolit-elektrolit ini menyebabkan masalah kekejangan otot. Kekurangan mineral ini menyebabkan otot menguncup, tetapi menghalang ia daripada mengendur semula


2.  Kekurangan nutrien seperti kalsium atau magnesium dalam darah

Masalah ini terjadi kerana bayi mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan kita . Jika kita tidak mengambil kalsium & magnesium secukupnya, maka tiada gantian dalam badan


3.  Kekurangan vitamin B6

Vitamin B yang mencukupi juga memainkan peranan penting untuk kesihatan dan fungsi saraf. Kekurangannya boleh menyebabkan kekejangan, stress dan sakit sendi


4.  Uterus (rahim) semakin membesar

Apabila bayi dalam kandungan kita makin membesar,  ini memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Ianya juga kesan daripada hormon kehamilan, iaitu progesteron (memberi kesan kepada otot kaki anda)


CARA-CARA ATASI SIMPUL BIAWAK

1. Minum air masak secukupnya

Sukat air yang anda minum setiap hari. Pastikan anda minum di antara 2- 3 liter sehari. Kalau anda jenis kurang minum air, boleh cuba Performance Drink ( Air isotonic yang berelektrolit )

2. Ambil Kalsium & Magnesium secukupnya

Makan makanan yang kaya dengan Kalsium & Magnesium seperti susu, kurma,  yogurt, keju, sayuran hijau( bayam, kale dll ) , soya, jus oren & bijirin

3. Mengambil supplement kalsium, vitamin B

Untuk memastikan badan kita dapat vitamin & mineral yang cukup. Supplement Kalsium Shaklee iaitu OsteMatrix, mempunyai kandungan kalsium, magnesium, vitamin D yang seimbang. Vitamin B nya pula lengkap dengan 8 vitamin B termasuk Biotin & asid folik.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ostematrix ni dan kelebihannya, Ain akan kongsi dengan anda pada entri seterusnya. Nantikan ye !


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi saya sekarang!


Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

No comments:

Post a Comment