Search This Blog

Wednesday 26 August 2015

Makanan Pertama Mika : Puree Kurma

Agak terlambat rasanya bila nak kongsikan makanan pertama Mika bila dia menjangkau ke umur 6 bulan. Sekarang umur dia dah nak masuk setahun. Baru terkedek-kedek nak kongsi dengan semua. Sebelum dia memasuki umur 6 bulan lagi, Ain dah minta tolong En Google untuk dapatkan resipi yang sesuai bagi umur 6 bulan kan. Orang cakap kalau nak mudah dan ringkas bagi je puree buah-buahan, tapi Ain tertarik nak bagi dia Puree Kurma.




Antara khasiat kurma yang bagus untuk bayi :


  • Kurma adalah buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, Vitamin A dan B serta niasin
  • Dari segi saintifik, kurma dapat membantu mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit
  • Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga
  • Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga
  • Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iatu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah
  • Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah
  • Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat



Penyedian Puree Kurma Cara Mudah


Memang la tersangat senang nak buat puree ni. Cara-caranya adalah :

  1. Sedikan beberapa biji kurma
  2. Buangkan kulit kurma di luar kurma tu takut tersekat pada lelangit anak. Buang juga biji buah kurma
  3. Selepas dah dibuang kulit dan biji, boleh la di blendkan. Letak air dalam 150 ml, jika da lebih bolehlah disimpan dalam peti ais untuk dimakan keesokannya.
  4. Dah siap, bolehlah anak tu makan puree kurma yang banyak khasiat ni

Sekarang ni macam-macam resepi dah diberi pada Mika ni. Dia sangat kuat makan sekarang ni. So, mummy dia memang rasa puas dan happy bila dia makan apa yang kita buat. Janji makanan dia berkhasiat kan...


No comments:

Post a Comment