Search This Blog

Thursday 8 October 2015

REVIEW : HOUSE OF NASI KERABU PRIMA SRI GOMBAK, JOM TRY !

Rasanya agak lama jugak tak update entri kat sini. Rindu rasanya kat blog sendiri. Hari ni special sikit nak story pasal salah satu restoran Pantai Timur yang bagi Ain memang agak menarik. Dekat jugak dengan rumah tak payah pergi sampai Shah Alam.

Semalam la godek-godek En Google dan facebook makyong ni teringin nak makan ketam. So terjumpa la website House Of Nasi Kerabu ni. Terus Whatsapp husband nak pergi jugak makan kat situ lepas habis kerja. Dia pun memang terus agree la kan sebab dia memang hantu seafood.


Actually, atlas tu pesanan Ain. Nasi Kerabu Ketam. Seriously, tak tipu memang best dan sedap sangat nasi kerabu tu. Cukup raa macam berada kat Kelantan. Maklumlah lama tak balik ke kampung halaman. Terubat rindu sekejap semalam. Husband dia pesan Maggi Ketam, malangnya tak sempat nak snap picture sebab Mika mood tak baik semalam.

House of Nasi Kerabu ni ada 2 cawangan tau, satu kat Gombak dan satu kat Shah Alam. Sesiapa yang nak pergi tu boleh refer adress kat bawah ni ye :



Antara menu yang ada di sana Ain ambil gambar dari Facebook House Of Nasi Kerabu tu.




Boleh lah korang try sanaa. Lagipun situ kawasan lot-lot kedai. Banyak kedai korang boleh pergi berjalan-jalan lepas makan. Kita dah try, anda bila lagi. Cewah !! Hahaha.. Mummy Mika bagi 5 bintang daripada 5. Markah penuh tu

Ni antara makanan dan minuman yang terbaik kat sana.





Ok la,mummy Mika nak beransur dulu. Nantikan apa review lagi Mummy Mika nak share ngan korang lagi :)

Sunday 13 September 2015

Happy Anniversary Yang Ke-2 Kepada Saya Dan Suami

Semalam merupakan hari yang sangat istimewa pada saya dan suami. Ianya adalah ulangtahun kami yang kedua. Tetiba teringin nak cerita detik perkenalan sebelum kami berkahwin. Berkenalan secara singkat je tau. Takde la cinta bertahun-tahun. Actually dulu dengan ex cinta bertahun-tahun tapi tak sampai ke jinjang pelamin pun.Huhu. Takde jodoh kan. Tapi alhamdulillah, saya dipertemukan dengan insan yang bernama Mohd Faiz Auzairi. 

Nak dijadikan cerita macam mana saya berkenalan dengan suami saya ni sangat sekejap dan sangat simple. Mulanya ada orang PM saya kat FB, katanya mahu berkawan. So, takdelah layan sangat kan sebab time tu saya dah ada boyfriend. Tapi, Faiz ni dia sentiasa berusaha nan berkawan sampai satu masa tu saya dan ex saya berpisah. Takde jodoh, jadi saya terima untuk berkawan dengan Faiz. Mesej-mesej dia ajak saya jumpa di Wangsa Walk lepas balik kerja. Entah macam mana, saya pun accept untuk bertemu. Sampai je di Wangsa Walk, sangat sweet kot dia bawakkan saya bunga rose. Memang bunga favourite saya. Dalam masa tiga bulan je bila dah serius dia ajak saya kahwin. Terkejut hanya Allah je yang tahu. So, kami ranceng untuk bertunang pada bulan Mac 2013. 

GAMBAR PRE-WEDDING KAMI
Selesai je bertunang pada Mac, kami dan family decide tarikh nikah pada 13 September 2013. Hanya 6 bulan je tempoh bertunang. Kami nikah gantung sebab majlis resepi saya pada bulan Disember 2013. Dalam tempoh bertunang tu dapat la jugak mengenali hati budi masing-masing. Saya nikah di Masjid Al Ansar dengan sekali lafaz dibuat oleh suami. Kata suami, memang hari-hari dia menghafal lafaz nikah tu. Hehe.

SELESAI DIIJABKABULKAN
Bila dah sah menjadi seorang isteri, perasaan jadi sangat lain kerana memikirkan tanggungjawab lepas ni akan bertambah. Syurga saya di bawah tapak kaki suami. After dan menjadi suami isteri untuk bulan Disember kami akan buat majlis resepsi. Belah saya pada 15 Disember 2013 dan belah Faiz pada 21 Disember 2013. Jom tengok beberapa gambar resepsi belah saya dan Faiz.




MAJLIS RESEPSI BELAH SAYA



MAJLIS RESEPSI BELAH FAIZ


Bulan Januari 2014 saya dan suami mendapat berita yang sangat gembira kerana saya telah disahkan mengandung. Sangat teruja kerana tu memang menjadi idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin. Tepat 12 September 2014 pada pukul 2.35 petang saya selamat melahirkan baby boy seberat 3.2 kg di Dewan Bersalin Muslimah di Batu Caves. Nama bayi comel saya ni iatu Muhammad Iz'zairi Mikhail.

PERMATA HATI MAMA DAN PAPA
Sekarang ni usia Mika dah setahun dan saya pun telah hamil anak kedua dah 6 bulan. Bulan disember ni dijangka bersalin. Murah rezeki kami sekeluarga. Alhamdulillah. Semalam pun dah genap usia perkahwinan kami ke 2 tahun. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan tapi susah senang kami bersama. Moga hubungan kami ni kekal sampai bila-bila. Amin









Saturday 12 September 2015

Mika Turn's 1 Celebration

Cepat betul masa berlalu. Semalam Mika genap setahun.Anak mama dah besar rupanya. Semalam juga kami sekeluarga ada arrange majlis doa selamat dan majlis hari lahir Mika secara kecil-kecilan juga. Sangat teruja mama Mika ni Nak cerita sepanjang majlis Mika ni berlangsung tau.    


Antara persiapan yang kami sediakan sendiri adalah port Candy Buffet. Nasib baik adik nak tolong preparekan jugak. Tak sah kalau Candy Buffet ni takde chocolate fountain. Lucky jugak Ayu my officemate ada mesin ni. Dia volunteer kasi pinjam. Tema Mika untuk hari lahir dia mama dia yang tolong decidekan. Sebabnya dia pun suka lagu Banana. Cer teka apa? Hehe..mestila Minnion. So,dengan khemah punya scallop dan decoration Candy Buffet Mama Mika ni ikut tema Minnion.





Majlis doa selamat dan tahlil mula pada pukul 12 tengahari. Keluarga terdekat dan jiran kat area rumah yang join tahlil ni. Sesudah selesai tahlil barulah tetamu yang diundang sampai. Catering kami ambil tempat biasa daripada zaman tunang lagi.. Takde pulak gambar makanan yang menarik dan sedap tu. Lupa nak snap. Kami tempah roti jala yang sedap jugak. Nak katakan memang banyak juadah semalam.

Mak mertua dan famili mertua pun datang memeriahkan majlis Mika. Banyak hadiah tau dia dapat. Tak sah kan kalau birthday takde kek. Kek ditempah khas dari Honez Delight dengan tema Minnion. Sangat puas hati dan cantik tau.



Meriah juga majlis semalam.Nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada famili semua yang banyak membantu semalam. Kepada tetamu yang hadir juga. Meh mama Mika belanja lagi gambar.






Wednesday 26 August 2015

Makanan Pertama Mika : Puree Kurma

Agak terlambat rasanya bila nak kongsikan makanan pertama Mika bila dia menjangkau ke umur 6 bulan. Sekarang umur dia dah nak masuk setahun. Baru terkedek-kedek nak kongsi dengan semua. Sebelum dia memasuki umur 6 bulan lagi, Ain dah minta tolong En Google untuk dapatkan resipi yang sesuai bagi umur 6 bulan kan. Orang cakap kalau nak mudah dan ringkas bagi je puree buah-buahan, tapi Ain tertarik nak bagi dia Puree Kurma.




Antara khasiat kurma yang bagus untuk bayi :


  • Kurma adalah buah daripada tumbuhan palma yang kaya dengan zat besi, kalsium, fosforus, sodium, potasium, Vitamin A dan B serta niasin
  • Dari segi saintifik, kurma dapat membantu mengubati gangguan usus kronik dan mengatasi sembelit
  • Antara kajian lain dijalankan membuktikan kurma antara makanan paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga
  • Kandungan karbohidratnya yang tinggi membolehkannya membekalkan banyak tenaga
  • Kurma mengandungi zat gizi penting bagi fungsi tubuh iatu kalium khusus untuk kebaikan jantung dan pembuluh darah
  • Galian dalam kurma berfungsi untuk membetulkan denyutan jantung, mengaktifkan pengecutan otot dan mengatur tekanan darah
  • Kanak-kanak digalakkan memakan lebih banyak buah kurma kerana ia memberi khasiat membantu memperkuat daya tahan tubuh, meningkatkan stamina, menggalakkan pertumbuhan tulang pada kanak-kanak, sekaligus membentuk minda kanak-kanak yang sihat



Penyedian Puree Kurma Cara Mudah


Memang la tersangat senang nak buat puree ni. Cara-caranya adalah :

  1. Sedikan beberapa biji kurma
  2. Buangkan kulit kurma di luar kurma tu takut tersekat pada lelangit anak. Buang juga biji buah kurma
  3. Selepas dah dibuang kulit dan biji, boleh la di blendkan. Letak air dalam 150 ml, jika da lebih bolehlah disimpan dalam peti ais untuk dimakan keesokannya.
  4. Dah siap, bolehlah anak tu makan puree kurma yang banyak khasiat ni

Sekarang ni macam-macam resepi dah diberi pada Mika ni. Dia sangat kuat makan sekarang ni. So, mummy dia memang rasa puas dan happy bila dia makan apa yang kita buat. Janji makanan dia berkhasiat kan...


Monday 24 August 2015

Pengalaman Join Bengkel Nutrisi Shaklee Buat Pertama Kali

Salam Sejahtera,

Eksaited sangat nak menulis entri kali ni. Nak tahu apa sebabnya? Hari ni Ain nak share pengalaman yang begitu beharga kerana berpeluang untuk menyertai Bengkel Nutrisi Shaklee buat pertama kali. Bengkel itu diadakan pada hari Sabtu lepas iatu pada 22 Ogos 2015 di Sunway Pinnacle. Bengkel mula pada pukul 10.00 pagi. Yang bestnya husband Ain pun beria nak join sekali.Boleh la juga dia dapat menimba ilmu pasal nutrisi Shaklee ni. Tak lupa juga pada kawan Supermom yang lain. Yuran ni PERCUMA tau sebabnya Kak Hadhatina yang sponsor tiket yang beharga RM40 kepada kami. Jadi, kami ambil la peluang keemasan ni kan.

Ada tiket ni baru dapat masuk
Ramai juga yang sertai bengkel tersebut. Puan Sarah iatu Pakar Nutrisi dari Shaklee yang memberi maklumat tentang semua vitamin yang ada di Shaklee. Selama ni Ain memang kurang arif tentang vitamin yang ada. Setelah menyertai Bengkel tersebut, Alhamdulillah memang banyak info penting yang Ain dapat. Jadi, senanglah jika orang bertanya tentang suplemen ,kita jawab dengan penuh yakin.

Di dalam Aturcara program, terdapat 3 seminar yang telah dianjurkan. Semua tentang keunikan vitamin Shaklee itu sendiri. Daripada vitamin yang kecil sehinggalah vitamin yang besar. Makan tengahari juga Shaklee bawa kami di Restoran Marhaba, Sunway. Makananan Arab gitu !

Sebelum start kelas kita "selfie" dulu


Nampak tak muka kami yang happy tu. Siyes, memang best bengkel hari tu. Masing-masing fokus dengan info yang diberikan setiap satu vitamin. Lagi-lagi bila keluar tentang vitamin favourite saya iatu Nutriferon, membina sistem imun badan.


Aktiviti petang tu, Puan Sarah banyak tau bagi kuiz mengenai Suplemen. Tapi, maalangnya tak berpeluang nak jawab sebab yang lain semua hebat-hebat. Hehehe.. Takpe, lain kali mungkin ada rezeki. Akhir sekali, pemberian sijil kepada para peserta yang join. Menandakan kami telah selesai untuk Bengkel Nutrisi tu. Bengkel berakhir pada pukul 5.00 petang.

Kalau diberi peluang, memang Ain akan join kelas seterusnya. Yelah, untuk mengembangkan bakat lagi sebagai SID Shaklee. Juga untuk berkongsi kebaikan Shaklee ini dengan semua.


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi saya sekarang!


Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

Wednesday 19 August 2015

Sakitnya Terkena Simpul Biawak Semasa Hamil

Anda pernah dengar tak mengenai masalah penyakit Simpul Biawak? Jika anda tidak pernah dengar nama tu pasti anda fikir penyakit tu datangnya dari binatang besar yang menakutkan tu.




Simpul biawak atau dikenali sebagai kekejangan betis ketika mengandung adalah situasi di mana ibu mengandung akan mengalami kesakitan yang melampau pada bahagian betis dan kaki. Ia biasa berlaku pada waktu malam atau awal pagi. Simpul biawak ini bukan sahaja boleh berlaku kepada ibu mengandung tetapi juga kepada orang dewasa yang lain. Di antara kaedah yang boleh digunakan untuk mengatasi kesakitan ialah:-



1) Tekan tapak kaki dan urut perlahan-lahan.
2) Meminta bantuan suami untuk menolak tapak kaki anda dan menarik jari-jari kaki
3) Cuba untuk bergerak. Mula-mula memang sakit, tapi sakit itu akan berkurangan perlahan-lahan apabila kita memaksa diri untuk bergerak. 
4) Sapu minyak panas pada kaki dan jari-jari kaki 



PUNCA-PUNCA SIMPUL BIAWAK


1.  Kurang air & kurang elektrolit dalam badan

Kekurangan air & elektrolit dalam badan boleh menyebabkan berlakunya masalah ini.
Otot perlu elektrolit yang mencukupi – natrium, magnesium, kalium dan klorida dalam keseimbangan yang betul untuk berfungsi dengan baik.
Badan memanipulasi mineral ini dengan seimbang di dalam dan di luar sel-sel otot untuk membolehkan otot mengecut dan berehat. Ketidakseimbangan atau kekurangan elektrolit-elektrolit ini menyebabkan masalah kekejangan otot. Kekurangan mineral ini menyebabkan otot menguncup, tetapi menghalang ia daripada mengendur semula


2.  Kekurangan nutrien seperti kalsium atau magnesium dalam darah

Masalah ini terjadi kerana bayi mengambil apa yang diperlukannya daripada simpanan badan kita . Jika kita tidak mengambil kalsium & magnesium secukupnya, maka tiada gantian dalam badan


3.  Kekurangan vitamin B6

Vitamin B yang mencukupi juga memainkan peranan penting untuk kesihatan dan fungsi saraf. Kekurangannya boleh menyebabkan kekejangan, stress dan sakit sendi


4.  Uterus (rahim) semakin membesar

Apabila bayi dalam kandungan kita makin membesar,  ini memberi tekanan ke atas salur darah besar pada kaki. Ianya juga kesan daripada hormon kehamilan, iaitu progesteron (memberi kesan kepada otot kaki anda)


CARA-CARA ATASI SIMPUL BIAWAK

1. Minum air masak secukupnya

Sukat air yang anda minum setiap hari. Pastikan anda minum di antara 2- 3 liter sehari. Kalau anda jenis kurang minum air, boleh cuba Performance Drink ( Air isotonic yang berelektrolit )

2. Ambil Kalsium & Magnesium secukupnya

Makan makanan yang kaya dengan Kalsium & Magnesium seperti susu, kurma,  yogurt, keju, sayuran hijau( bayam, kale dll ) , soya, jus oren & bijirin

3. Mengambil supplement kalsium, vitamin B

Untuk memastikan badan kita dapat vitamin & mineral yang cukup. Supplement Kalsium Shaklee iaitu OsteMatrix, mempunyai kandungan kalsium, magnesium, vitamin D yang seimbang. Vitamin B nya pula lengkap dengan 8 vitamin B termasuk Biotin & asid folik.



Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ostematrix ni dan kelebihannya, Ain akan kongsi dengan anda pada entri seterusnya. Nantikan ye !


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi saya sekarang!


Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya

Tuesday 18 August 2015

Kenapa Saya Jadi SID (Shaklee Independent Distributor)

Sudah hampir 2 tahun saya bekerja dengan Master Hadhatina di YourSupermom Office ni sebagai Pegawai Operasi. Memang banyak yang telah saya belajar mengenai perniagaan Shaklee di sini. Memang menarik sebabnya ia perniagaan kesihatan dan kecantikan. Memang Shaklee agak terkenal juga sebagai salah satu produk yang terbaik. Saya sangat berterima kasih kepada pasangan bos saya ini kerana memberi peluang kepada saya menjadi ahli Shaklee. Ini sebagai titik permulaan saya untuk memulakan perniagaan dan menambah pendapatan saya sekeluarga.


Kelebihan menjadi ahli Shaklee

  1. Anda dapat menikmati sendiri betapa hebatnya Produk Shaklee yang terbukti selamat dan berkesan
  2. Menggunakan produk Shaklee sambil mendapat pulangan wang anda walaupun untuk kegunaan sendiri dan keluarga sahaja
  3. Memiliki ruang menjana pendapatan sampingan melalui produk Shaklee yang ternyata HEBAT!


Saya mendaftar sebagai SID selepas bulan Julai tahun ni, banyak sangat keistimewaan yang saya dapat. Nak daftar jadi ahli ni hanya dengan harga RM 65.00 sahaja. Bila dah mendaftar tu, anda akan dapat set Starter Kit. Macam-macam ada dalam tu tau !  Anggaran Starter Kit pun dah RM 200, tapi korang hanya perlu bayar RM65.00 je. Tak seronok gitu :)

Bila je anda telah mendaftar sebagai ahli Shaklee, anda akan dapat 8 benda di bawah ni tidak termasuk vitamin/produk yang dibeli. Jom lihat di bawah :


- Beg Shaklee
- Business Manual*
- Produk Guide*
- Buku Hijau* - kit asas pasal Shaklee
- Pamplet Convention*
- Pricelist yang latest*
- Buku Merah pnr mlm*
- Buku resit



Sangat menarik kot! Untuk yang terbaru ni jika anda menjadi ahli dan membuat pembelian mana-mana produk anda akan mendapat PERCUMA VITALEA ok.. Jika anda berminat untuk menjadi ahli Shaklee sama macam saya, korang boleh klik bawah ni ye :

 


* Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang jenis penyakit 

Anda ada sebarang pesanan dan pertanyaan? Hubungi kami sekarang!


Nurul Ain Najwa Rosli (ID 1208084)
Facebook : Ain Rosli
No Tel : 017 735 2669
Emel : nurulainnajwarosli@yahoo.com
COD Area : Shah Alam & Subang Jaya