Search This Blog

Sunday 13 September 2015

Happy Anniversary Yang Ke-2 Kepada Saya Dan Suami

Semalam merupakan hari yang sangat istimewa pada saya dan suami. Ianya adalah ulangtahun kami yang kedua. Tetiba teringin nak cerita detik perkenalan sebelum kami berkahwin. Berkenalan secara singkat je tau. Takde la cinta bertahun-tahun. Actually dulu dengan ex cinta bertahun-tahun tapi tak sampai ke jinjang pelamin pun.Huhu. Takde jodoh kan. Tapi alhamdulillah, saya dipertemukan dengan insan yang bernama Mohd Faiz Auzairi. 

Nak dijadikan cerita macam mana saya berkenalan dengan suami saya ni sangat sekejap dan sangat simple. Mulanya ada orang PM saya kat FB, katanya mahu berkawan. So, takdelah layan sangat kan sebab time tu saya dah ada boyfriend. Tapi, Faiz ni dia sentiasa berusaha nan berkawan sampai satu masa tu saya dan ex saya berpisah. Takde jodoh, jadi saya terima untuk berkawan dengan Faiz. Mesej-mesej dia ajak saya jumpa di Wangsa Walk lepas balik kerja. Entah macam mana, saya pun accept untuk bertemu. Sampai je di Wangsa Walk, sangat sweet kot dia bawakkan saya bunga rose. Memang bunga favourite saya. Dalam masa tiga bulan je bila dah serius dia ajak saya kahwin. Terkejut hanya Allah je yang tahu. So, kami ranceng untuk bertunang pada bulan Mac 2013. 

GAMBAR PRE-WEDDING KAMI
Selesai je bertunang pada Mac, kami dan family decide tarikh nikah pada 13 September 2013. Hanya 6 bulan je tempoh bertunang. Kami nikah gantung sebab majlis resepi saya pada bulan Disember 2013. Dalam tempoh bertunang tu dapat la jugak mengenali hati budi masing-masing. Saya nikah di Masjid Al Ansar dengan sekali lafaz dibuat oleh suami. Kata suami, memang hari-hari dia menghafal lafaz nikah tu. Hehe.

SELESAI DIIJABKABULKAN
Bila dah sah menjadi seorang isteri, perasaan jadi sangat lain kerana memikirkan tanggungjawab lepas ni akan bertambah. Syurga saya di bawah tapak kaki suami. After dan menjadi suami isteri untuk bulan Disember kami akan buat majlis resepsi. Belah saya pada 15 Disember 2013 dan belah Faiz pada 21 Disember 2013. Jom tengok beberapa gambar resepsi belah saya dan Faiz.




MAJLIS RESEPSI BELAH SAYA



MAJLIS RESEPSI BELAH FAIZ


Bulan Januari 2014 saya dan suami mendapat berita yang sangat gembira kerana saya telah disahkan mengandung. Sangat teruja kerana tu memang menjadi idaman setiap pasangan yang sudah berkahwin. Tepat 12 September 2014 pada pukul 2.35 petang saya selamat melahirkan baby boy seberat 3.2 kg di Dewan Bersalin Muslimah di Batu Caves. Nama bayi comel saya ni iatu Muhammad Iz'zairi Mikhail.

PERMATA HATI MAMA DAN PAPA
Sekarang ni usia Mika dah setahun dan saya pun telah hamil anak kedua dah 6 bulan. Bulan disember ni dijangka bersalin. Murah rezeki kami sekeluarga. Alhamdulillah. Semalam pun dah genap usia perkahwinan kami ke 2 tahun. Walaupun pelbagai cabaran dan dugaan tapi susah senang kami bersama. Moga hubungan kami ni kekal sampai bila-bila. Amin









No comments:

Post a Comment